Sunday, July 28, 2013


ACARA MERENTAS DESA DAN SUKANTARA 2013


TARIKH : 20 JULAI 2013
MASA : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

Pada 20 Julai 2013, warga SJKC Hua Min telah mengadakan acara merentas desa dan sukantara bagi tahun 2013. Acara dimulakan seawal 7.30 pagi di mana murid-murid melakukan senamrobik terlebih dahulu untuk memanaskan badan. 



 Guru Besar, Encik Koh Eng Heng melepaskan para peserta merentas desa tepat jam 8.30 pagi. Acara merentas desa berjalan dengan lancar tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini hasil kerjasama guru-guru. Acara merentas desa tamat pada jam 10.00 pagi.



Selepas waktu rehat, acara sukantara dijalankan bagi menentukan mata rumah sukan. Sukantara berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. 




















Pada jam 12.00 tengah hari, murid-murid berkumpul di dewan untuk acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis bersurai lebih kurang jam 12.30 tengah hari. 











No comments:

Post a Comment

Search This Blog