Monday, May 24, 2010

::Sekitar Gotong Royong Perdana::

Berikut sebahagian memori semasa sesi gotong-royong perdana baru-baru ini..
(Klik gambar untuk paparan yang lebih baik)
Di Pusat Sumber Sekolah..
Cuci kelas atau mandi?

Pembersihan Stor Alatan Sukan


Tuesday, May 18, 2010

::Sekitar Sambutan Hari Guru 2::

Lihat ::Sekitar Sambutan Hari Guru 1::
(Klik gambar untuk paparan yang lebih baik)

Antara persembahan-persembahan murid yang dipentaskan

Nyanyian "Guru Malaysia" oleh warga pendidik SJKC Hua Min

Errmm..

::Sekitar Sambutan Hari Guru 1::

Lihat ::Sekitar Sambutan Hari Guru 2::
(Klik gambar untuk paparan yang lebih baik)

Barisan VIP

Ucapan GB

Ucapan Pengerusi PIBG

Ucapan Pengerusi JPS

Penyampaian kutipan derma

Sunday, May 16, 2010

::Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah:: 教师节庆祝会

Sebagai menghargai jasa guru, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2010, Peringkat Sekolah pada 17 Mei 2010.

Bermula pada pukul 8.30 pagi, pelbagai acara yang dirancang telah diadakan. Antaranya ialah bacaan ucapan-ucapan perutusan, ucapan Guru Besar, ucapan daripada wakil PIBG dan wakil JPS, nyanyian dan tarian oleh murid, serta nyanyian "Guru Malaysia" oleh guru-guru SJKC Hua Min. Majlis diakhiri dengan upacara pemotongan kek sebagai simbolik sambutan perayaan Hari Guru Tahun 2010.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

SELAMAT HARI GURU.

Lihat gambar ::Sekitar Sambutan Hari Guru 1::
::Sekitar Sambutan Hari Guru 2::

2010 年5月17日的今天,我校举办了一场教师节庆祝会。今天所进行的节目有:董事长、家教学会主席以及校长给予的演讲。教师们还唱了“Guru Malaysia”这首应节歌曲。学生们也呈现了一些表演娱乐老师们,如唱歌及舞蹈表演。两位六年级的男生还表演了“Pink Panter”来让老师开心。最后,我们以切蛋糕仪式来结束这场庆祝会。学生们则唱出“奉献”这首歌曲来感谢老师的付出!!!


::Majlis Jalinan Mesra::


Wakil guru SJKC Hua Min menunjukkan bakat

Pada malam 14 Mei 2010 yang lalu, telah berlangsung Majlis Jalinan Mesra, Guru-guru SJKC Daerah Batu Pahat bersempena dengan perayaan Hari Guru 2010. Majlis ini telah diadakan di Restoran Ocean, Batu Pahat. Acara utama majlis ini adalah pertandingan nyanyian. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah dan para pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat serta wakil-wakil guru dari 36 buah sekolah SJKC Daerah Batu Pahat.

Dari kiri: Guru HEM dan Guru Besar


在2010年5月14日晚上,柔中教师公会举办了一场别开生面的歌唱比赛,这场比赛是在联合海洋进行,也是由巴株吧辖36间华小的老师所报名参加的。

Antara guru-guru SJKC Hua Min yang hadir

Tuesday, May 11, 2010

::Pertukaran Puan Zainab Abdullah::

Dimaklumkan bahawa, Puan Zainab Bt Abdullah akan bertukar ke Bahagian Perkembangan Kurikulum di Putrajaya berkuatkuasa pada 14 Mei 2010.

Satu majlis ringkas diadakan sempena hari terakhir beliau di sekolah.

Bersama GB ketika menyampaikan amanat terakhir dari beliau

Cikgu Zainab merupakan seorang guru yang sangat komited dan begitu berdedikasi dalam tugasnya, telah mengajar Bahasa Malaysia di sekolah ini mulai 2007. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat di SJKC Ai Chun, Batu Pahat.

Antara cenderamata yang diterima

Selain menjawat jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Malaysia di sekolah, beliau juga merupakan antara Setiausaha Panel Perunding BM Daerah, ahli Panel Perunding BM Negeri dan terlibat dalam pembinaan sukatan dan modul PKJR di peringkat kebangsaan.

Yang diraikan bersama beberapa rakan guru

Bagi pihak sekolah, kami semua akan mengenang jasa yang telah cikgu taburkan di sekolah ini. Sekalung tahniah dan selamat bertugas di tempat baharu diucapkan.

Monday, May 10, 2010

:: Gotong Royong Perdana ::

Tarikh : 15 Mei 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat Berkumpul : Dewan Sekolah, SJKC Hua Min.
Kehadiran : Semua guru dan murid-murid Tahun 3, 4, 5, 6.

Search This Blog