Sunday, September 26, 2010

:: Kejohanan Padang & Balapan SJKC Hua Min 2010 ::

Tarikh: 27 Ogos 2010
Masa: 8.00 pagi - 12 tengahari
Tempat: Padang Sekolah

Dengan cuaca pagi yang indah, kejohanan ini dimulakan dengan acara 100m dan 200m individu akhir. Kemudian diikuti dengan acara perbarisan oleh peserta kejohanan. Acara diteruskan dengan majlis perasmian dan seterusnya disusuli dengan acara sukaneka. Acara berhenti rehat seketika sebelum bersambung dengan 4x100m akhir. Acara akhir yang berlangsung ialah acara tali tali di antara Rumah Biru dan Rumah Kuning.




Sejurus tamat acara tarik tali, hujan turun dengan agak lebat. Oleh itu, majlis penyampaian hadiah dilaksanakan di Dewan Sekolah. Juara keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan SJKC Hua Min 2010 telah dimenangi oleh Rumah Hijau. Tahniah diucapkan!

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar semasa kejohanan berlangsung. Untuk melihat lebih banyak gambar, sila layari Facebook SJKC Hua Min.








No comments:

Post a Comment

Search This Blog