Monday, January 24, 2011

:: Orientasi Murid Tahun 1 ::

Pada Tahun 2011 ini, SJKC Hua Min menerima seramai 157 orang murid Tahun Satu. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Kelompok ini merupakan kumpulan  perintis kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru diperkenalkan. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan menjadi insan yang berjaya kelak. Selamat datang diucapkan!



 Ujian Saringan Linus

 Bersama barisan Guru Kelas Tahun 1
Berdiri di belakang dari kiri : Cikgu Lee, Cikgu Teo, Cikgu Chan dan Cikgu Tan
Duduk di hadapan dari kiri : GPK KK, GPK HEM, Guru Besar dan GPK 1

Monday, January 3, 2011

:: Bermulanya Tahun 2011 ::



Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis mahupun yang pahit telah dicatatkan dalam diari persekolahan yang lalu.

Dan kini, tahun 2011 mula menjelma membuka lembaran baru. Dengan semangat berkobar-kobar dan azam yang baru, bersama-samalah kita semua, warga sekolah SJKC HUA MIN menyemarakkan semangat untuk terus memacu kecemerlangan sekolah sama ada di dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.

SELAMAT TAHUN BARU 
dan 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!

Saturday, November 13, 2010

:: Keputusan UPSR 2010 ::

Pada 11 November yang lalu, keputusan UPSR 2010 telah diumumkan. Bagi murid-murid sekolah SJKC Hua Min, pelbagai perasaan bercampur baur ketika menerima keputusan. Ada yang menjerit kegembiraan, ketawa, menangis, sedih, diam,dan pelbagai lagi gelagat apabila melihat keputusan masing-masing.


 Iklan: Jangan meniru semasa peperiksaan :)

Bagi yang berjaya, TAHNIAH diucapkan .Bagi yang tidak, jangan bersedih. Ini bukanlah pengakhirannya . Perjalanan dihadapan masih jauh. Masih ada peluang menebus kehampaan. Buat semua guru-guru terutamanya guru-guru Tahun 6 2010 yang bertungkus lumus selama ini, sekalung penghargaan terima kasih atas usaha dan pengorbanan mendidik murid-murid sehingga berjaya.


Ringkasnya, keputusan UPSR 2010 amat membanggakan warga SJKC Hua Min kerana data menunjukkan peningkatan dari segi peratus kelulusan secara keseluruhannya. Jumlah bilangan murid yang mendapat 7A turut bertambah dari 11 orang pada 2009 kepada 15 orang pada Tahun 2010.

Tahniah untuk semua!!!

Friday, October 29, 2010

:: Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ::

Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober ini, SJKC Hua Min turut memeriahkannya. Antara aktivti yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-
a) Kuiz Uji Minda
b) Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
c) Deklamasi sajak oleh murid Tahun 6

Monday, October 18, 2010

:: Pesta Pasar Ria & Majlis Pungutan Derma ::

SJKC Hua Min dengan  sukacita dan berbesar hati akan menganjurkan PESTA PASAR RIA DAN MAJLIS PUNGUTAN DERMA untuk TABUNG PEMBANGUNAN SEKOLAH. Berikut adalah maklumat berhubung program berkenaan.

为了华民学校的建设和发展,华民学校将在 31-10-2010 举行益卖会和筹款活动....

Tarikh : 31 Oktober 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah dan Sekitar Kawasan Sekolah
 Perasmian Oleh: Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam


Search This Blog