Tarikh : 11 Julai 2011 Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang Tempat : Sekitar Dewan dan kawasan sekolah Aktiviti yang dijalankan: 1. Larian Amal 2. Jualan Makanan, Minuman dan Barang-Barang Cenderamata. 3. Jualan Barang-Barang Basah dan Kering 4. Gerai CELCOM, MAGNUM, TIGER, PUBLIC MUTUAL, HOSPITAL PANTAI dll. 5. Nyanyian artis tempatan dan persembahan murid 6. "PC Games" dan "Funfair"
Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya. Tujuan utama diadakan Pesta pasar Ria ini adalah bagi mendapatkan dana untuk Tabung Pembangunan Sekolah khususnya untuk pembinaan blok akademik yang baharu. Pihak sekolah merakamkan penghargaan jutaan terima kasih kepada para penderma dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakannya.
Tarikh : 7 Julai 2011 Masa : 3.00 petang Tempat : Dataran Sekolah
Sempena projek pembinaan bangunan baru, pihak sekolah begitu berbesar hati menerima kunjungan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah ini. Beliau turut menghulurkan sumbangan bagi membantu kos kewangan projek pembinaan ini.
Tarikh : 11 Mac 2011 Masa : 8.00 - 10.00 malam Tempat : Dewan SJKC Hua Min Agenda : 1. Kata-kata aluan dari YDP PIBG. 2. Kata-kata aluan dari Tuan Guru Besar. 3. Majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar UPSR 2010. 4. Mesyuarat PIBG.