Dimaklumkan bahawa, Puan Zainab Bt Abdullah akan bertukar ke Bahagian Perkembangan Kurikulum di Putrajaya berkuatkuasa pada 14 Mei 2010.
Satu majlis ringkas diadakan sempena hari terakhir beliau di sekolah.
Bersama GB ketika menyampaikan amanat terakhir dari beliauCikgu Zainab merupakan seorang guru yang sangat komited dan begitu berdedikasi dalam tugasnya, telah mengajar Bahasa Malaysia di sekolah ini mulai 2007. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat di SJKC Ai Chun, Batu Pahat.
Antara cenderamata yang diterima
Selain menjawat jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Malaysia di sekolah, beliau juga merupakan antara Setiausaha Panel Perunding BM Daerah, ahli Panel Perunding BM Negeri dan terlibat dalam pembinaan sukatan dan modul PKJR di peringkat kebangsaan.
Yang diraikan bersama beberapa rakan guruBagi pihak sekolah, kami semua akan mengenang jasa yang telah cikgu taburkan di sekolah ini. Sekalung tahniah dan selamat bertugas di tempat baharu diucapkan.