Saturday, November 13, 2010

:: Keputusan UPSR 2010 ::

Pada 11 November yang lalu, keputusan UPSR 2010 telah diumumkan. Bagi murid-murid sekolah SJKC Hua Min, pelbagai perasaan bercampur baur ketika menerima keputusan. Ada yang menjerit kegembiraan, ketawa, menangis, sedih, diam,dan pelbagai lagi gelagat apabila melihat keputusan masing-masing.


 Iklan: Jangan meniru semasa peperiksaan :)

Bagi yang berjaya, TAHNIAH diucapkan .Bagi yang tidak, jangan bersedih. Ini bukanlah pengakhirannya . Perjalanan dihadapan masih jauh. Masih ada peluang menebus kehampaan. Buat semua guru-guru terutamanya guru-guru Tahun 6 2010 yang bertungkus lumus selama ini, sekalung penghargaan terima kasih atas usaha dan pengorbanan mendidik murid-murid sehingga berjaya.


Ringkasnya, keputusan UPSR 2010 amat membanggakan warga SJKC Hua Min kerana data menunjukkan peningkatan dari segi peratus kelulusan secara keseluruhannya. Jumlah bilangan murid yang mendapat 7A turut bertambah dari 11 orang pada 2009 kepada 15 orang pada Tahun 2010.

Tahniah untuk semua!!!

Search This Blog